|
MS971 05/09 KUL/CAI 0130/0630
MS671 05/09 CAI/JED 1730/1925
MS672 17/09 JED/CAI 1830/2045
MS970 18/09 CAI/KUL 0115/1615
HARI 01: KUALA LUMPUR AIRPORT
Berkumpul di lapangan terbang KLIA pada 04hb September 2010, pukul 10.00 malam untuk check-in penerbangan Egypt Air.
HARI 02: KUALA LUMPUR/KOTA KAHERAH ( B )
Penerbangan Egyptair MS 971 akan berangkat jam 01.30 pagi pada 05 September 2010. Selepas solat Subuh & sarapan pagi, aktiviti bebas SEHINGGA berlepas ke Madinah. Setiba di Madinah jemaah akan di bawa ke hotel untuk check-in. Kemudian aktiviti bebas.
HARI 03: JEDDAH/MADINAH
Jemaah di bawa untuk solat Subuh di Masjid Nabawi, Makam Baginda Rasulullah SAW. Solat di Raudhah ‘Taman Syurga’ & melawat perkuburan Baqi. Selepas makan tengahari, jemaah akan di bawa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Pasar Tamar & Ladang Kurma. Aturcara bebas pada sebelah petang.
HARI 04: MADINAH / MAKKAH
Selepas solat Subuh & sarapan pagi, jemaah perlu Ziarah Wida & bersiap untuk berangkat ke Makkah. Singgah di Bir Ali untuk berihram, solat sunat Ihram & berniat Umrah, bawah bimbingan Mutawif kami hingga selesai. Setiba di Makkah, Check-in hotel & lakukan Umrah. Setelah itu acara bebas.
HARI 05: MAKKAH
Acara bebas, jemaah bebas mengerjakan Umrah, Tawaf Sunat & melakukan aktiviti mengikut sendiri.
HARI 06: MAKKAH
Jemaah akan di bawa menziarahi tempat-tempat sejarah di sekitar Kota Makkah seperti Gua Hira, Padang Arafah, Muzalifah, Mina, Jabal Thur & berakhir di Jaaranah di mana jemaah boleh berniat Ihram bagi sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah.
HARI 07 – 13: MAKKAH
Aturcara bebas, jemaah bebas mengerjakan Umrah, Tawaf Sunat & melakukan aktiviti mengikut pilihan sendiri.
HARI 14: MAKKAH / KOTA KAHERAH
Selepas solat Subuh & sarapan, jemaah di kehendaki mengerjakan Tawaf Wida {Hukumnya Wajib}, sebelum meninggalkan Kota Makkah. Selepas solat Zohor jemaah akan berangkat ke Lapangan Terbang di Jeddah untuk pulang ke Kota Kaherah.
HARI 15: KOTA KAHERAH / KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur. Maka selesailah perjalanan & Ibadah Umrah kita. Semoga Tuan-Tuan & Puan-Puan sekalian dapat Umrah yang Mabrur, Amien.
PAKEJ TERMASUK
- Tiket Penerbangan & Cukai Lapangan Terbang
- Penginapan di Kota Kaherah & Tanah Suci { Madinah/Makkah }
- Makan & Minum { Masakan Melayu }
- Kenderaan semasa di Kota Kaherah & Tanah Suci { bas berhawa dingin }
- Lawatan & Ziarah Tempat Bersejarah di Kota Kaherah, Makkah dan Madinah
- Khidmat Mutawif / Wakil di Tanah Suci
- Kursus & Bimbingan sebelum Berlepas ke Tanah Suci
- Khidmat Muassasah & visa Umrah
CENDERAMATA
- Buku panduan Umrah
- Beg sandang besar
- Beg sandang kecil
- Air zam zam 10 liter
PENGINAPAN
- MADINAH : FAYROZ SHATTA @ setaraf
- MAKKAH : AL-JUD @ setaraf
PENERBANGAN
|